JET pejuang F-5 yang diterbangkan Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman mungkin tidak secanggih jet pejuang moden lain.
Namun, Skuadron 144 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang mengendalikan jet itu membuktikan mereka juga mampu 'terbang' ke mercu kejayaan dengan merangkul anugerah Skuadron Pejuang Terbaik tahun ini.