Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat tidak berpandu dilarang terbang Semasa F1

Sep 16, 2014 | 01:21 PM



PENERBANGAN pesawat yang tidak berpandu akan dilarang apabila perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Singapura bermula minggu ini, kata penguasa selia penerbangan awam hari ini.


Langkah itu dibuat untuk memastikan penggambaran udara helikopter yang terbang di paras rendah sewaktu perlumbaan itu tidak terhalang.


Larangan itu membabitkan kawasan yang besar di sekitar tapak perlumbaan F1, termasuk kawasan-kawasan seperti Queenstown, Telok Blangah, Toa Payoh, Kallang, Orchard, Marine Parade dan Aljunied.


Malah, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), pulau-pulau Sentosa dan Brani akan juga termasuk dalam kawasan larangan itu.


Pesawat tanpa pemandu itu akan dilarang melakukan penerbangan dari waktu tengah hari hingga dua pagi, pada 18 hingga 21 September, serta dari tengah hari hingga ke tengah malam pada 21 September.


Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda $20,000 bagi kesalahan pertama, manakala pesalah berulang boleh didenda maksimum $40,000 dan dipenjara selama 15 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >