Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BENGKEL MENULIS MENCARI KRISTAL BH-NAC

Peserta tertarik dan teruja

Aug 15, 2016 | 05:30 AM



KES curi organ, sekumpulan burung memberontak terhadap kegasanasan manusia dan kisah gadis yang ingin memperjuangkan bisnes samosa ibunya dalam ekonomik yang tidak menentu.



Itu antara idea plot cerpen yang telah ditimbulkan peserta semasa sesi perkongsian bengkel pertama Mencari Kristal kelmarin.



Bengkel kendalian penulis setempat, Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, itu membincangkan sumber idea dan cara menjananya bagi dijadikan cerita yang baik.



Lebih 30 peserta yang terpilih cerpen mereka dalam peraduan menulis cerpen Mencari Kristal anjuran Berita Harian (BH) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) menghadiri sesi itu.



Beberapa peserta yang ditemui Berita Harian kelmarin berkata mereka teruja dan gembira dapat melibatkan diri dalam bengkel interaktif menulis cerpen, yang menurut mereka, jarang diadakan.



Encik Annas Mahmud, 28 tahun, yang kini menjalani pengajian pos siswazahnya di Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata bengkel itu amat berguna bagi penulis baru sepertinya.



"Perkara penting seperti dari mana hendak mendapatkan sumber inspirasi bagi menulis cerpen telah dibincangkan, dan ia amat menarik bagi saya," katanya yang kali pertama menyertai peraduan menulis cerpen.



Menurutnya, program seperti Mencari Kristal penting bagi menggalak remaja berkarya.



Seorang lagi peserta Cik Clarissa Goenawa, 28 tahun, berkata bengkel itu membantu beliau mempelajari cara mengembangkan idea bagi cerpen yang baik.



Cik Clarissa, seorang penulis novel Inggeris, berkata ini kali pertama beliau menulis dalam bahasa Melayu.



Bengkel tersebut satu daripada siri bengkel program Mencari Kristal yang bertujuan membangun bakat penulis kreatif Melayu Singapura.



Tempahan dibuka bagi penyertaan tiga bengkel yang akan dikendalikan penulis skrip dari Indonesia, Cik Henovia Rosalinda Caniago, penulis biografi Indonesia, Cik Alberthiene Endah Kusumawardhani, dan penerbit Malaysia, Encik Amir Muhammad.



Bayaran $55 dikenakan bagi setiap bengkel, namun promosi istimewa ditawarkan bagi pakej tiga hari merangkumi tiga bengkel ditawarkan dengan harga $88.



Butir bengkel dan pendaftaran disediakan di laman www.beritaharian.sg/mencari-kristal/bengkel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >