Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta sukan air di Hab Sukan pada 3-5 Julai

Jun 24, 2015 | 05:24 PM



MAHU mencuba sukan kanu atau kayak tetapi tidak pernah berpeluang sebelum ini?


Orang ramai boleh berjinak-jinak dengan pelbagai sukan air secara percuma dalam satu pesta baru yang akan berlangsung dari 3 Julai hingga 5 Julai ini.


Diadakan buat julung-julung kalinya, pesta air tiga hari OCBC WaterFest di Hab Sukan Singapura itu bakal dianjurkan setiap tahun, menurut satu kenyataan Hab Sukan Singapura hari ini.


Selain mengikuti bengkel sukan air, orang ramai boleh menonton pelbagai pertandingan sukan.


Ini termasuk pertandingan kanu, kayak dan bot naga di Kallang Basin, serta pertandingan bola tampar dan luncur air.


Pelbagai kegiatan itu akan ditawarkan secara percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >