MANTAN Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Phey Yew Kok pernah mewakili penduduk kawasan undi Boon Teck (kini digabungkan dalam GRC Bishan-Toa Payoh) dari 1972 hingga 1980.
Phey yang kini berusia 81 tahun pernah dilantik sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan juga pernah menyandang beberapa jawatan kepimpinan kesatuan sekerja seperti setiausaha agung Pertubuhan Buruh Perusahaan Singapura (Silo) dan Kesatuan Pekerja Perusahaan Perintis (PIEU).