Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan akta bagi PUB urus permintaan air secara lebih berkesan

Aug 03, 2023 | 04:02 PM



Syarikat privet yang menuai air hujan dan yang merawat air laut dalam skala besar akan dicukai oleh agensi air nasional PUB seawal 2025.

Ini akan meliputi pembekal yang menawarkan air yang tidak boleh diminum bagi kegunaan mereka sendiri atau untuk dijual, dengan cukai baru itu menjejas kebanyakannya padang golf dan kawasan perindustrian, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, semasa menyampaikan bacaan kedua Rang Undang-Undang (Pindaan) Perbekalan Awam di Parlimen pada Khamis.

Sementara itu, pindaan kepada Akta Perbekalan Awam 2001 akan membenarkan agensi air nasional PUB untuk menguruskan permintaan air secara lebih berkesan dan memastikan daya tahan bekalan air dapat memenuhi permintaan jangka panjang bagi penduduk dan ekonomi.

Ini sedang Singapura menjangkakan permintaan bertambah bagi sumber seperti air, sedang penduduk dan ekonomi meningkat, katanya.

Pada masa ini Singapura menggunakan sekitar 440 juta gelen air sehari (mgd), yang bersamaan dengan sekitar 800 kolam renang bersaiz Olimpik.

“Penggunaan kita dijangka bertambah seganda menjelang 2065, dengan sektor bukan domestik menjadi sumber utama permintaan yang bertambah. Ini akan bertambah sedang kita terus menarik masuk industri bernilai tinggi dan menggunakan banyak air. Ini termasuk industri fabrikasi wafer, bioperubatan dan elektronik, serta enjin pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

Lantas, adalah tidak mampan atau praktikal bagi Singapura dengan tanah terhad untuk bergantung kepada hanya membangunkan lebih banyak prasarana air bagi memenuhi keperluan air yang terus bertambah.

Selain permintaan air yang bertambah, satu lagi cabaran bagi Singapura memastikan keselamatan air dan memenuhi keperluan air adalah disebabkan perubahan iklim.

Dr Koh memetik keadaan kering yang berpanjangan yang berlaku pada 2014 hingga 2016 di mana kadar air di Kolam Air Linggiu di Johor menjunam sehingga 20 peratus.

“Ini jauh lebih rendah daripada kadar takungan air yang sihat sekitar 80 hingga 90 peratus yang biasa dialami kita,” katanya.

Ini memaparkan kepentingan perancangan jangka panjang dan pelaburan dalam sumber air seperti NEWater dan penyahgaraman, tambahnya.

Lantas Rang Undang-Undang itu mengemas kini Akta Perbekalan Awam 2001 (PUA) dalam dua bidang utama – keperluan kitaran bagi pengguna besar air, dan melaksanakan yuran ke atas pembekal air privet (PWS).

Pada masa ini permintaan air daripada sektor bukan domestik membentuk sekitar separuh daripada keseluruhan penggunaan air, dan ini akan bertambah kepada dua pertiga daripada keseluruhan permintaan air menjelang 2065.

Justeru pemerintah teruja untuk bekerjasama dengan syarikat dalam industri ini (fabrikasi wafer, elektronik dan bioperubatan) untuk memelihara dan memperbaiki kecekapan air, lantas mengurangkan pertumbuhan dalam permintaan air.

Bagi loji fabrikasi wafer baru yang terlibat dalam pengilangan semikonduktor barisan depan, pemerintah akan memerlukan kadar 50 peratus kitaran semula.

Bagi industri elektronik dan bioperubatan, prosesnya lebih pelbagai. Penggunaan air yang dikitar kededua industri ini lebih terhad berbanding industri fabrikasi wafer.

“Kami akan memerlukan kitaran semula sisa tertentu, berbanding kadar kitaran semula minimum bagi syarikat-syarikat ini,” tambahnya.


Semua keperluan ini dirancang untuk dilaksanakan mulai Januari 2024 bagi projek baru, termasuk meluaskan loji masa kini yang menggunakan sekurang-kurangnya 60,000 meter kubik air setahun. Keperluan ini tidak akan dikenakan ke atas projek yang berlangsung masa ini.

Sementara itu, PUB menyemak semula rangka kerja pendanaannya bagi Dana Kecekapan Air (WEF) dan Dana Demonstrasi Huraian Air Industri (IWSDF), yang menawarkan sokongan kewangan kepada syarikat dengan projek mengenai kitaran air dan memanfaatkan peralatan kecekapan air.

Sejak Julai 2023, PUB meningkatkan had pendanaan bagi WEF dan IWSDF – masing-masing daripada sejuta dolar dan $4 juta dolar kepada $5 juta bagi setiap projek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >