PINDAAN bagi Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) diluluskan Parlimen semalam, sekali gus membolehkan undang-undang tersebut dapat dikemas kini dan terus kekal relevan.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata pindaan itu dilaksanakan bagi memperkasa keluarga Islam, mengukuhkan institusi Islam serta meningkatkan pengurusan aset Muslim.