LEGENDA seni suara yang banyak meminjamkan vokal emasnya kepada filem era P. Ramlee, Asiah Aman atau nama pentasnya Nona Asiah, dinobatkan sebagai penerima Pingat Budaya 2016.
Sumbangannya kepada persada seni tanah air sejak mula menyanyi bersama kumpulan bangsawan ibunya ketika berusia 11 tahun bakal diiktiraf dalam satu majlis gilang-gemilang di Istana malam ini.