PM dan isteri ke majlis sanding Tengku Mahkota Johor

PERDANA Menteri, Encik  Lee Hsien Loong dan isteri akan ke Johor Sabtu ini untuk menghadiri majlis persandingan Tengku Mahkota Johor.

Encik Lee dan isteri, Cik Ho Ching, akan meraikan pasangan mempelai itu di majlis persandingan sebelum ke jamuan di-Raja.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim,  30 tahun, selesai menyempurnakan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, dua minggu lalu.

Tunku Ismail merupakan anak sulug kepada Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perdana Menteri dan Cik Ho Ching telah menerima undangan daripada Sultan dan isterinya, Raja Zarith Sofiah.

"Lawatan Perdana Menteri itu mencerminkan persahabatan yang akrab dan hubungan mesra antara Singapura dan Johor," kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Majlis persandingan yang akan diadakan di Istana Besar Johor itu dijangka dihadiri sekitar 1,200 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

 

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.