PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Washington DC dari 22 hingga 26 Oktober ini atas undangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kata Kementerian Ehwal Luar semalam.
PM Lee akan bertemu dengan pegawai utama dalam pentadbiran Encik Trump serta anggota kepimpinan Kongres Amerika, kata jurucakap kementerian itu, berikutan pengumuman Amerika Syarikat Selasa lalu bahawa Encik Trump akan menemui PM Lee di Rumah Putih pada 23 Oktober.