Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee berharap dapat berdamai dengan adik-beradiknya

Jul 04, 2017 | 06:03 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berharap untuk berdamai dengan kedua-dua adiknya suatu hari nanti "biarpun ia satu perjalanan panjang dan sukar".



Dalam hal ini, beliau berterima kasih atas harapan yang disuarakan oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, Angota Parlimen Dipilih (NMP) Cik Chia Yong Yong dan Encik Charles Chong (Punggol East) agar PM Lee berbaik semula dengan anggota keluarganya.



"Saya berharap suatu hari nanti, perasaan yang bergelora ini akan reda, dan kita dapat berbaik semula. Sekurang-kurangnya saya harap adik-adik saya tidak terus-terusan marah dan rasa tidak puas hati ini berterusan hingga generasi selanjutnya.



"Dan diharapkan, mereka tidak mengongsi permusuhan dan pertelingkahan ini kepada anak-anak kami."



Dalam ucapannya semalam sebagai menggulung perbahasan, PM Lee berkata, perbahasan ini menjernihkan keadaan tentang sistem kerja yang seharusnya telus.



"Saya sedih episod ini telah berlaku. Saya kesal kerana dalam menangani tuduhan awam ke atas saya sebagai seorang Perdana Menteri, saya perlu menyentuh tentang soal keluarga di Parlimen.



"Tujuan saya bukanlah untuk meneruskan dengan pergaduhan dengan pihak keluarga, tetapi untuk menjelaskan duduk perkara, dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem kita. Ini adalah cara bagaimana sistem ini harus bergerak.



"Apabila terdapat persoalan dan kesangsian terhadap Pemerintah, kita ketengahkannya, dan menjelaskan duduk perkara. Jika ada apa-apa yang salah, kita perbetulkan. Jika tiada yang salah, kita mesti menyatakannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >