Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee beri perkembangan terkini Covid-19 di SG

Mar 24, 2022 | 06:25 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan memberikan kemaskini mengenai keadaan Covid-19 di Singapura menerusi ucapan di televisyen 11 pagi hari ini, katanya dalam satu pos Facebook semalam.



"Keadaan Covid-19 kita telah bertambah baik, dengan gelombang Omicron semakin reda. Warga Singapura sedang secara bertahap-tahap belajar untuk hidup dengan virus itu," tulisnya.



Beliau akan menyentuh tentang keadaan Singapura dan langkah selanjutnya.



Ucapannya - yang merupakan kesembilan sejak pandemik bermula pada 2020 - akan disiarkan secara langsung di laman web, Facebook dan saluran YouTube The Straits Times.



Ia juga boleh didapati di Facebook Encik Lee dan saluran Mediacorp.



Jumlah kes Covid-19 telah berada di sekitar angka 10,000 sejak pertengahan bulan ini. Kira-kira 95 peratus penduduk yang layak di Singapura telah divaksin sepenuhnya, dan 71 peratus daripada seluruh penduduk telah menerima suntikan penggalak.



Kadar vaksinasi Singapura - antara yang tertinggi di dunia - telah membantu melembapkan penularan penyakit tersebut, termasuk varian Omicron, menurut pakar.



Kes pertama varian tersebut di Singapura dikesan Disember lalu, dengan jumlah jangkitan mencapai rekod tertinggi iaitu 26,032 pada 22 Februari.



Lonjakan itu menyebabkan penangguhan dalam pelonggaran beberapa langkah Covid-19 yang dirancang untuk berkuat kuasa mulai 25 Februari.



Pada 15 Mac, beberapa peraturan diperkemas sedang jumlah jangkitan menunjukkan tren menurun.



Perubahan itu termasuk tidak mewajibkan jarak selamat di tempat di mana orang ramai memakai pelitup, dan membenarkan rumah untuk menerima lima pengunjung pada setiap satu masa dibandingkan dengan lima pengunjung dalam sehari.



Pada 18 Mac, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata tempoh kemuncak bagi varian Omicron sudah tamat.



Namun hospital kekal terbeban sebahagian besarnya disebabkan pesakit yang tiada kaitan dengan penyakit Covid-19 dan mengalami penyakit kronik, dengan jumlah pesakit semakin banyak sepanjang dua tahun lalu memandangkan sistem penjagaan kesihatan tertumpu kepada memerangi Covid-19, tambahnya.



Encik Lee berkata dalam ucapannya yang terakhir di televisyen pada Oktober tahun lalu bahawa Singapura akan mengalihkan pendekatannya dari strategi "sifar Covid" kepada satu melibatkan negara untuk hidup bersama koronavirus. Dengan vaksinasi, virus itu telah menjadi penyakit ringan, boleh dirawat bagi kebanyakan orang, tambahnya.



Beliau menggesa orang ramai agar meneruskan kegiatan harian mereka sambil mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mematuhi langkah pengurusan selamat.



Beliau juga meminta penduduk Singapura agar menukar pemikiran mereka tentang penyakit itu, dan menyeru orang ramai agar menguji diri mereka apabila perlu dan mengasingkan diri sekiranya diuji positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >