Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee buka Pusat Perniagaan Mapletree di Bandar Ho Chi Minh

Mar 22, 2017 | 03:55 PM



BANDAR HO CHI MINH - Mapletree Investments, cabang hartanah Temasek Holdings, membuka bangunan pejabat 17 tingkat yang baru pada Rabu (22 Mac) berhampiran daerah pusat perniagaan Bandar Ho Chi Minh.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam dan disertai isterinya, merupakan tetamu terhormat majlis itu.



Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Vietnam Trinh Dinh Dung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pejabat Chan Chun Sing dan ahli-ahli delegasi Singapura, Duta Singapura ke Vietnam Catherine Wong dan Duta Vietnam ke Singapura Nguyen Tien Minh.



Bangunan The Mapletree Business Centre (MBC) itu, dengan keluasan lantai kasar lebih 28,300 meter persegi, akan menempatkan syarikat berbilang negara daripada pelbagai industri seperti teknologi maklumat dan perbankan dan kewangan.



Ia adalah sebahagian daripada Kompleks Saigon South Place yang dibangunkan oleh Mapletree di Daerah 7, Bandar Ho Chi Minh. Kompleks ini termasuk pusat beli belah SC VivoCity yang dibuka pada April 2015, apartment Oakwood dan kediaman tingkat tinggi dipanggil RichLane Residences. Kedua-dua blok kediaman dijangka siap menjelang akhir tahun ini.



Ketua Eksekutif Kumpulan Mapletree Hiew Yoon Khong berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat itu views Vietnam sebagai pasaran utama.



"Vietnam menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi kami kerana ia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh, seperti penduduk yang muda lagi rajin, kumpulan berpendapatan sederhana yang berkembang serta peningkatan pelaburan asing yang stabil," katanya.



Encik Lee juga melawat pasar raya besar Co.opXtra di SC VivoCity, yang ditubuhkan oleh NTUC FairPrice dan Saigon Co.op.



Beliau berlepas ke Hanoi petang ini untuk menemui pemimpin-pemimpin tertinggi Vietnam pada Khamis (23 Mac).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >