PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti mulai hari ini hingga 21 Jun, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Semasa ketiadaan beliau, Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, akan menjadi pemangku Perdana Menteri bermula esok hingga 21 Jun.