PM Lee gesa jimat air kerana cuaca buruk boleh ancam bekalan

SINGAPURA bertuah kerana terlindung daripada banyak bencana alam, tetapi cuaca buruk sentiasa boleh mengancam bekalan air negara ini, tulis Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam laman Facebooknya pada Rabu (14 Sep).

Encik Lee berkongsi gambar kolam air Linggiu di Johor yang beliau petik dari udara dalam penerbangan ke China dua minggu lalu, yang menunjukkan paras airnya hanya satu perempat daripada kapasitinya, selepas "beberapa tahun kering dengan paras hujan rendah".

Beliau juga memuat naik gambar kedua, satu imej satelit yang diambil daripada Google Earth, untuk menunjukkan keadaan apabila kolam air itu penuh.

"Perbezaannya nyata, dan membimbangkan," kata Encik Lee.

"Singapura bertuah kerana terlindung daripada banyak bencana alam, tetapi bekalan air kita masih tergantung pada ihsan cuaca," katanya.

Air import air Johor membentuk satu daripada sumber bekalan air Singapura, bersama air dari kawasan tadahan tempatan, air tebus guna dan air sulingan.

Pembangunan sistem bersepadu dengan pelbagai sumber telah "mengurangkan" ancaman meteorologi bagi bekalan air, ujar Encik Lee, "tetapi kita masih perlu melakukan semua yang kita boleh untuk menjimatkan air".

Menggesa orang ramai supaya "belajar lebih banyak cara menjimatkan air berharga", beliau memuat naik pautan ke laman web oleh agensi air negara PUB yang menyediakan maklumat mengenai cara menjimatkan air.

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,314.120 +20.990