Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee harap S'pura, M'sia bina kemajuan yang dicapai dalam pertemuan dengan PM Mahathir

May 19, 2018 | 05:31 PM



PUTRAJAYA:  Singapura dan Malaysia telah membuat banyak kemajuan dalam projek-projek kerjasama, dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong berharap kedua-dua negara jiran ini dapat terus bekerjasama dalam banyak perkara dan membina apa yang telah mereka capai.



Beliau bercakap kepada pemberita Singapura selepas melawat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada Sabtu (19 Mei), dan menggambarkan pertemuan mereka sebagai hangat dan bermanfaat.



PM Lee juga  menjemput Tun  Mahathir  melawat Singapura, dan berharap Perdana Menteri kedua-dua pihak dapat terus mengadakan rahat –  yang pertama dilakukan oleh Dr Mahathir dan mantan  PM Goh Chok Tong di Langkawi pada  1994.



“Saya berharap selepas beliau  menyelesaikan beberapa keutamaan domestiknya, (yang) beliau ada   banyak, beliau  akan dapat meneruskannya,”  kata PM Lee.



Beliau menambah mengenai  pertemuan mereka selama 30 minit itu: “Kami mengadakan  pertukaran pandangan –  apa yang ada di fikirannya, apa yang ada pada  saya, dan saya fikir ia adalah pertemuan  hangat dan berhasil  dari sudut pandangan itu.”



Pertemuan antara dua pemimpin ini  adalah yang pertama sejak Tun  Mahathir diangkat sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei, selepas gabungannya, Pakatan Harapan (PH), memenangi pilihan raya umum 9 Mei.



PM Lee disambut di Yayasan Kepimpinan Perdana oleh Tun  Mahathir, yang merupakan perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003 dan  presiden kehormat yayasan itu, yang dimulakan pada  2003 untuk mengkaji kepimpinan Malaysia dan pembinaan negara.



Pada permulaan mesyuarat mereka, Tun  Mahathir mengucapkan terima kasih kepada PM Lee atas ucapan tahniahnya   dan bagi lawatan itu.



 PM Lee menjawab: “Anda jiran terdekat dan terapat kami, jadi apabila ini berlaku saya fikir saya harus datang segera, memperbaharui hubungan asas, memperbaharui jalinan kita.”



Bercakap kepada wartawan kemudian, PM Lee berkata: “Saya berkata bahawa kita  telah bekerja dengan mereka selama bertahun-tahun. Kita  mempunyai projek kerjasama. Kita  mempunyai masalah dari semasa ke semasa yang perlu kita  uruskan,   tetapi kita  telah banyak membuat kemajuan dengan kerjasama itu dan kami berharap dapat terus maju dan membangunkan apa yang telah kita  capai pada masa lalu.”



“Saya rasa beliau  berkongsi harapan itu,” katanya.



Mereka   tidak membincangkan sebarang isu dua hala substantif, kata PM Lee.



Ditanya apakah   perkara mengenai kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur dan Singapura, yang dikatakan Dr Mahathir  akan dikaji semula, ditimbulkan,  PM Lee berkata mereka tidak membincangkan isu itu.



PM Lee  pemimpin asing kedua  melawat Tun  Mahathir selepas beliau menjawat   jawatan itu, selepas Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei.



PM Lee turut menerima kunjungan  di Marriott Hotel di Putrajaya daripada  ahli majlis presiden Pakatan Harapan,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap  Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi   membina semula hubungan peribadi.



PM Lee berkata beliau mengenali Datuk Anwar  ketika mereka menjadi  timbalan perdana menteri –  Encik Anwar dari 1993 hingga 1998, dan PM Lee dari  1990 hingga 2004 –  dan mereka sering bertukar-tukar lawatan.



“Kami mempunyai perbualan umum mengenai bagaimana beliau melihat perkembangan di Malaysia, pandangannya tentang apa yang telah berlaku dan rancangannya,” katanya.



PM Lee  menambah bahawa Datuk  Anwar bercadang  melakukan perjalanan ke luar negeri pada bulan-bulan akan datang, dan beliau menawarkan menjadi hos bagi Datuk Anwar  di salah sebuah    institut Singapura jika beliau  mahu.



Kata PM Lee: “Sekiranya  beliau mahukan masa untuk membuat renungan,  untuk menulis, mungkin untuk melepaskan diri sedikit buat sementara waktu,   kami mengalu-alukan beliau  ke Singapura, datang ke salah satu institut kami dan tulis buku.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >