Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hargai sokongan rakyat

Aug 12, 2014 | 05:01 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah melahirkan penghargaannya kepada rakyat Singapura atas sokongan yang diterima beliau sepanjang sedekad menerajui negara ini.


Ucapan penghargaan itu ditulis beliau di laman Facebook dan Twitter sekitar 11 pagi tadi.


"10 tahun lalu hari ini, saya telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


"Saya berterima kasih kerana berpeluang berkhidmat kepada negara saya dan rakyat sekeliannya," katanya.


“Banyak yang saya pelajari dari mereka yang saya temui, mereka yang menulis kepada saya, dan mereka yang mengikuti saya di media sosial.


Pandangan dan pengertian mendalam anda telah menunjukkan kepada saya apa yang telah kita lakukan dengan baik, dan di manakah kita perlu melakukan lebih baik lagi.


“Sokongan dan dorongan anda begitu bererti bagi saya,” kata Encik Lee yang turut menghargai sumbangan para sukarelawan, pemimpin akar umbi dan penyokongnya.


“Terima kasih kepada sukarelawan, pemimpin akar umbi, dan para penyokong yang menyumbang masa dan tenaga anda dengan murah hati. Anda menjadikannya lebih mudah untuk saya dan pemerintah demi rakyat Singapura,” ujarnya.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >