PM Lee: Harmoni antara kaum, agama prinsip asas bagi Singapura

KEHARMONIAN antara kaum dan agama berbeza adalah prinsip asas bagi Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Hari Keharmonian Kaum pada Khamis (21 Julai).

Dalam satu pos Facebook, Encik Lee menulis rakyat Singapura harus merai kepelbagaian mereka, dan berkongsi adat dan budaya satu sama lain.

Merujuk pada serangan pengganas baru-baru ini di Orlando di Amerika Syarikat, Dhaka di Bangladesh, Nice di Perancis dan Puchong di Malaysia, yang beliau sifatkan sebagai "menakutkan, didorong kebencian, dan menyayat hati", beliau berkata ada lebih banyak kes orang menolak kepelbagaian dan rangkuman.

Beliau menulis: "Di Singapura, kita mesti sentiasa bersatu sebagai satu bangsa, dan tidak membenarkan sembarang keadaan sedemikian memisahkan atau memecahbelahkan kita."

Sekolah di Singapura memperingati Hari Keharmonian Kaum bagi mengingati rusuhan kaum di Singapura pada 1964.

Acara tahunan itu menonjolkan kepentingan mengekalkan keharmonian kaum dan agama di sini.

Pada 1964, keganasan daripada satu rusuhan kaum selama lima hari mengakibatkan 22 orang terbunuh dan lebih 450 cedera.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.