PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengiktiraf sumbangan generasi perintis kesatuan sekerja yang telah bertungkus lumus menundukkan pengaruh komunis dalam gerakan buruh dan meninggalkan pendekatan konfrontasi dalam memperjuangkan hak pekerja.
Berucap di Rapat Hari Buruh semalam, Encik Lee juga menghargai kesediaan golongan itu menyokong langkah membuka ekonomi kepada pelaburan asing demi menyediakan pekerjaan lebih baik semasa zaman pembangunan awal negara ini.