Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Israel-Palestin faham pentingnya huraian dua-negara dicapai

Apr 21, 2016 | 12:05 PM



Dari Tel Aviv (Israel)



KEDEDUA Palestin dan Israel memahami huraian dua negara adalah satu-satunya pilihan yang dapat menjamin keamanan dan keselamatan berkekalan.



Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi untuk mencapai huraian tersebut adalah rumit, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Encik Lee berkata demikian ketika bertemu media Singapura untuk menggulung lawatan tujuh-harinya ke Timur Tengah. Sepanjang lawatannya, Perdana Menteri telah melawat Jordan, Israel dan Palestin.



"Keadaannya sekarang ialah jika mereka mahu melakukan segalanya pada masa yang sama, proses untuk mencari huraian dua-negara akan gagal. Ini kerana sesetengah masalah yang dihadapi adalah terlalu rumit untuk diselesaikan dalam masa yang singkat," ujar PM Lee.



Merumuskan lawatannya, Encik Lee berkata ia merupakan lawatan yang padat dengan pelbagai program. Beliau sibuk sepanjang tujuh hari di sini, namun ia adalah lawatan yang amat berguna.



Di Jordan, Encik Lee berkata kededua Jordan dan Singapura mempunyai hubungan yang baik. Beliau telah dapat berkongsi pandangan mengenai isu-isu keselamatan, terutama pengganasan dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Abdullah Ensour dan Raja Jordan, Raja King Abdullah II.



Persahabatan Singapura dan Israel pula telah terjalin sekian lama sejak Angkatan Bersenjata Israel (IDF) membantu membangunkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) apabila Singapura mencapai kemerdekaan.



Namun, sejak itu, hubungan Singapura-Israel telah berkembang. Justeru, Encik Lee berkata beliau gembira dapat bertemu dengan tokoh-tokoh dari pelbagai sektor termasuk para pemimpin sektor teknologi tinggi.



Beliau juga telah mengadakan perbincangan berguna dengan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu mengenai hubungan dua hala, proses kedamaian Timur Tengah dan isu Israel-Palestin.



Dengan Palestin pula, Encik Lee berkata Singapura adalah rakan kepada Palestin dan para pemimpin negara ini sudah pun melawat Ramallah beberapa kali sebelum lawatan beliau.



Di Palestin, beliau gembira dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Rami Hamdallah untuk mendengar perspektif beliau mengenai keadaan di Timur Tengah selain meneroka cara-cara bagaimana Singapura boleh meningkatkan bantuan yang diberikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >