Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kami akan usaha sedaya upaya di Ang Mo Kio

Sep 01, 2015 | 10:00 AM



PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Ang Mo Kio akan berusaha sedaya upaya jika kawasan undi perwakilan berkumpulan itu ditandingi dalam pilihan raya umum kali ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Beliau, yang mengetuai pasukan enam anggota di GRC itu, berkata kepada akhbar The Straits Times semasa satu lawatan ke tiga pasar di situ semalam: "Kami memandang serius semua persaingan. Jika ada pertandingan, kami akan memberi yang terbaik."


Pada pilihan raya umum 2011, pasukan PAP yang diketuai beliau di GRC Ang Mo Kio mendapat 69.3 peratus undi sah, mengalahkan pasukan Parti Pembaharuan (RP) dengan kemenangan tertinggi PAP di GRC.


Ditanya apakah beliau menjangka mencapai hasil sama kali ini, Encik Lee berkata: "Kami cuba yang terbaik."


PAP mungkin dicabar pasukan RP yang diketuai peguam aktivis M. Ravi dan termasuk penulis blogger Roy Ngerng, yang disaman Encik Lee dengan jayanya kerana memfitnah beliau dengan menyarankan kononnya Encik Lee menyalah guna dana Tabung Simpanan Pekerja (CPF).


Usahawan Osman Sulaiman, aktivis Gilbert Goh dan sukarelawan parti Siva Chandran serta Jesse Loo membentuk keseluruhan pasukan RP, yang diumum Jumaat lalu.


Semalam, Encik Lee diiringi rakan-rakan calonnya dalam GRC tersebut - muka baru Darryl David dan Koh Poh Koon, serta Anggota Parlimen Ang Hin Kee, Intan Azura Mokhtar, dan Gan Thiam Poh, yang berpindah lebih dari GRC Pasir Ris-Punggol.


Di perhentian terakhir lawatan tersebut di Ang Mo Kio Central, beliau melancarkan pelan induk baru majlis bandaran itu, 'Ang Mo Kio-Sengkang West 2.0', dan memberitahu penduduk mereka boleh menjangka kemudahan dan peningkatan baru pada tahun-tahun akan datang.


Ini termasuk poliklinik yang dinaik taraf, lebih banyak gimnasium tertutup di kolong blok dan rumah jagaan 470 katil bagi menampung penduduk lebih tua.


Akses juga akan dipertingkat dengan rancangan membina lebuh raya dan stesen MRT baru, kata Encik Lee.


Lebuh Raya Utara-Selatan, yang akan berjalan selari dengan Lebuh Raya Central (CTE), dijangka dibuka selepas 2020.


Dua stesen MRT baru di sepanjang Laluan Thomson-East Coast, yang akan dibuka secara berperingkat dari 2019, juga akan melalui GRC Ang Mo Kio.


Encik Lee meminta penduduk terus memberi sokongan mereka, dan berkata: "Kami mengalu-alukan sokongan anda kepada kami, supaya kita boleh bekerjasama dan terus membuat negara kita, kejiranan kitam, bandar kita, negara kita, lebih baik tahun demi tahun untuk kita semua."


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >