KEHARMONIAN kaum dan agama yang dinikmati Singapura adalah hasil sikap bertolak ansur antara masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
"Ini sesuatu yang kita perlu sentiasa usahakan kerana ia tidak akan pernah menjadi masalah yang terhurai," kata Encik Lee dalam satu temu bual dengan agensi berita Russia TASS di Istana, Sabtu lalu.