Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kirim surat takziah kepada balu mendiang Fong Swee Suan

Feb 06, 2017 | 08:48 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menulis kepada balu bekas pemimpin kesatuan sekerja berhaluan kiri, Encik Fong Swee Suan, pada Ahad (5 Feb), untuk menyampaikan takziah atas pemergian beliau.



Dalam suratnya kepada Cik Chen Poh Cheng, Encik Lee menceritakan bagaimana mendiang menjadi konvenor Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila ia ditubuhkan pada 1954, dan duduk dalam jawatankuasa eksekutif pusat pertama parti itu.



Encik Lee berkata kumpulan bukan komunis yang diketuai bapanya, mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, kemudian bertempur dengan Encik Fong dan rakan-rakan prokomunisnya.



Namun, Encik Lee juga menekankan bagaimana golongan bukan komunis mendapat dorongan daripada sifat mendiang yang tidak mementingkan diri sendiri dan komited pada perjuangannya.



Perdana Menteri mengimbas kembali dalam surat beliau bagaimana kumpulan bukan komunis, yang hampir sepenuhnya berpendidikan Inggeris, yang diketuai mendiang Encik Lee mendapati mendiang Fong dan pemimpin Barisan Sosialis Lim Chin Siong "jambatan kepada dunia golongan berpendidikan Cina".



Kumpulan bukan komunis dan prokomunis bergabung tenaga untuk "melenyapkan dari Singapura penjajah British, dengan menyedari sepenuhnya bahawa perjuangan sebenar akan muncul selepas British pergi dan warga Singapura terpaksa membuat keputusan siapa yang harus memerintah mereka".



Selepas Encik Fong dan rakan-rakannya berhaluan itu ditahan setelah beberapa mogok dan rusuhan, mendiang Encik Lee bertindak sebagai peguam mereka dan melawat mereka di Pulau St John setiap tiga hingga empat minggu.



Perdana Menteri Lee menceritakan beliau kerap menaiki bot polis bersama ibu bapanya dalam perjalanan itu, yang beliau anggap sebagai kegiatan bersiar-siar pada Ahad.



Tetapi tujuan lawatan itu serius, iaitu mendiang Encik Lee cuba memujuk para tahanan tersebut tentang "kebodohan dasar Parti Komunis Malaya", tulis Encik Lee.



Semua tahanan itu kemudian menandatangani dokumen yang mereka gubal sendiri, yang menyatakan sokongan mereka terhadap objektif bukan komunis PAP.



Encik Lim Chin Siong, Encik Fong dan enam tahanan lain dibebaskan dari penjara selepas PAP memenangi pilihan raya umum 1959 dan membentuk pemerintah.



Mereka semua dilantik Setiausaha Politik di pelbagai kementerian, dengan Encik Fong di Kementerian Buruh.



"Encik Lee (Kuan Yew) dan rakan-rakan senior beliau menaruh harapan bahawa mereka semua, kecuali Encik Lim, ikhlas dalam pengisytiharan sokongan mereka," tulis Encik Lee.



Pada 1961, Encik Fong, Encik Lim dan pemimpin lain kesatuan berpecah daripada PAP untuk membentuk Barisan Sosialis kerana berbeza pendapat mengenai penggabungan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Kumpulan prokomunis juga menubuhkan Persatuan Kesatuan Sekerja Singapura, dengan Encik Fong sebagai setiausaha agungnya.



Semasa satu referendum pada 1962, 70 peratus rakyat Singapura mengundi untuk bergabung dengan Malaysia. Pada pilihan raya umum setahun kemudian, PAP dipilih semula dengan 37 daripada 51 kerusi, dengan Barisan memenangi 13.



"Sukar bagi rakyat Singapura yang tidak melalui peristiwa-peristiwa tersebut menghargai semangat pada masa itu. Ia satu pertempuran idea serius antara dua kumpulan orang dengan visi bertentangan mengenai masyarakat kita," tulis Perdana Menteri.



"Sejarah Singapura akan menjadi berbeza sama sekali jika Encik Lim dan Encik Fong menang. Nasib baik, mereka tidak, sebagaimana beberapa orang yang mengambil laluan mereka mengakui beberapa tahun kemudian, selepas keadaan menjadi tenang," kata beliau.



Encik Lee juga menegaskan bahawa perjuangan itu bukan antara "lelaki dan wanita baik di satu pihak, dan orang jahat dan penipu di satu lagi pihak".



"Mereka berdedikasi, dan berdisiplin, orang yang amat berani di kedua-dua belah pihak," katanya. "Sesungguhnya, Encik Lee dan rakan-rakannya menyukai dan menghormati lawan mereka, mengagumi mereka kerana gaya hidup mereka yang mudah, tidak mementingkan diri sendiri dan komitmen mereka."



Encik Lee juga berkata dalam belasungkawa beliau bagi Encik Lim pada 1996, mendiang Encik Lee mengingat kembali perbezaan antara beliau dengan Encik Lim ialah dari segi ideologi dan mendalam, tetapi tidak pernah secara peribadi.



"Beliau akan berkata yang sama mengenai Encik Fong," kata Perdana Menteri Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >