Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lahir keprihatinan tentang suasana politik semasa Amerika

Apr 01, 2016 | 03:23 PM



WASHINGTON: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyuarakan kebimbangan mengenai suasana politik semasa Amerika Syarikat dalam satu temu bual dengan lembaga editor akhbar Wall Street Journal minggu ini, sedang beliau terus menekankan bahawa kepimpinan negara itu masih amat diperlukan di Asia dan dunia.



Bercakap kepada akhbar Amerika itu semasa lawatan kerja ke New York, Encik Lee berkata dengan terus terang mengenai "menu pilihan ekstrem" yang kini ditawarkan dalam pilihan raya Amerika.



"Awak yakin pada sistem awak, dengan sekat dan imbangan, awak boleh mempunyai seorang yang jauh daripada sesuai menjadi presiden dan sistem itu akan menghalangnya daripada melakukan kemudaratan.



"Dan setakat ini, ia berkesan dalam erti kata awak pernah mempunyai presiden yang tidak memenuhi taraf, tetapi selepas beberapa lama, keadaan kembali pulih.



"Tetapi saya tidak fikir awak pernah mempunyai menu pilihan ekstretem seperti dalam pilihan raya ini, pilihan yang mungkin berakhir di kertas undi," katanya, sambil menyentuh tentang regim di Eropah pada masa perang.



"Jika awak lakukan juga, terdapat duluan. Di Asia, awak boleh ketepikan itu sebagai demokrasi tidak matang, tidak stabil, tetapi di Eropah, sebelum perang, tekanan seperti itu membawa kepada hasil yang sangat melampau di Jerman, di Italy dan akhirnya, hasilnya sangat tidak baik."



Apabila ditanya tentang pelbagai saranan yang dibuat oleh calon semasa kempen pilihan raya Amerika, Encik Lee berkata kebanyakan saranan itu berpotensi menyebabkan kemudaratan kepada reputasi Amerika.



Beliau memberi contoh cadangan jutawan Donald Trump agar Amerika mengadakan perang perdagangan dengan China dengan mengenakan tarif 40 peratus ke atas barangan yang diimport dari China.



Begitu juga seruan Encik Trump dan mantan setiausaha negara Hillary Clinton agar perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) dirundingkan semula, sedangkan usaha bagi mencapai perjanjian itu telah diusahakan sejak 2010 dan ia telah dipersetujui.



"... jika awak minta lebih banyak, siapa akan beri awak secara sukarela? Calon awak perlu menghadapi pilihan raya, Perdana Menteri Jepun juga menghadapi pemilihan semulam" ujar Encik Lee.



Walaupun terdapat banyak cabaran, beliau menjelaskan bahawa Amerika terus mempunyai peranan kepimpinan penting dan ini tidak akan berubah dalam masa terdekat.



"Awak akan terus menjadi pemimpin dan jika awak tidak bekerjasama, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Jika awak tidak melakukan huraian perubahan iklim, tidak ada huraian perubahan iklim untuk dunia kerana melainkan awak komited, kami tidak boleh mendapatkan China supaya menyertainya, apatah lagi India dan negara lain.



Encik Lee berada di Amerika bagi satu lawatan selama seminggu.



Pada Jumaat, beliau akan menghadiri Sidang Puncah Keselamatan Nuklear keempat di Washington.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >