PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam mengumumkan penubuhan sebuah pejabat untuk menyelaras usaha menyeluruh demi membina sebuah Negara Bijak yang memanfaatkan teknologi bagi mempertingkat kehidupan rakyat.
Pejabat yang diberi nama Pejabat Program Negara Bijak (SNPO) menurut beliau akan diletak di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri (PMO).