Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Amerika bagi sidang puncak khas Asean-AS

Feb 10, 2016 | 08:44 AM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong sedang menuju ke California bagi lawatan kerja seminggu sehingga 16 Februari, umum pejabat beliau dalam satu kenyataan pada Rabu (10 Feb).


Ini lawatan pertama beliau ke Amerika Syarikat sejak Jun 2014, apabila beliau melawat Washington, DC dan bandar New York.


Kali ini, Encik Lee akan menghabiskan sebahagian besar masa di San Francisco, di mana beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Gabenor California, Encik Jerry Brown, dan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka dari syarikat teknologi terkemuka Amerika.


Senarai itu termasuk ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg, ketua pegawai eksekutif (CEO) Apple, Encik Tim Cook, CEO Tesla dan SpaceX, Encik Elon Musk, dan pengerusi eksekutif Alphabet, Encik Eric Schmidt.


SpaceX pengeluar roket dan juga dikenali dengan nama penuhnya Space Exploration Technologies Corporation. Alphabet, sebuah konglomerat yang diasaskan pada Oktober lalu, ialah syarikat induk beberapa syarikat, termasuk carian Internet gergasi Google.


Encik Lee juga akan bertemu warga Singapura yang tinggal di San Francisco Bay Area dan menjadi hos sebuah perbincangan meja bulat bersama profesional teknologi Singapura berpangkalan di sana, sebagai sebahagian daripada inisiatif Negara Bijak republik ini.


Bahagian kedua lawatan Encik Lee akan membawanya ke resort Sunnylands di Palm Springs pada 15 Februari bagi Sidang Puncak AS-Asean dua hari yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama.


Sidang puncak itu belum pernah diadakan sebelum ini kerana ia yang pertama dianjurkan oleh Amerika Syarikat dan melibatkan semua 10 pemimpin Asean. Diplomat tertinggi Encik Obama, Setiausaha Negara John Kerry, akan turut menghadiri sidang puncak itu.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), para pemimpin itu akan membincangkan kerjasama keselamatan ekonomi dan politik Asean-Amerika, dan juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.


Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, antara anggota delegasi Encik Lee.


Isteri Encik Lee, Cik Ho Ching, akan menyertai beliau bagi bahagian lawatan ke San Francisco.


Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, akan menjadi pemangku perdana menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >