Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

PM Lee lawat AS atas undangan Presiden Biden

Nov 13, 2023 | 06:01 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan melawat San Francisco, California di Amerika Syarikat dari 13 hingga 18 November 2023.

Encik Lee akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) (AELM) yang ke-30 di sana atas undangan Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.

Mesyuarat itu yang bertemakan ‘Mewujudkan Masa Depan Berdaya Tahan dan Mampan bagi Semua’ akan menyaksikan para pemimpin Apec berbincang tentang cara mengukuhkan perdagangan, meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, menangani perubahan iklim serta memastikan masa depan yang saksama dan inklusif.

Menurut PMO lagi, Encik Lee akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin Apec lain di luar AELM.

Selain program berkaitan Apec, PM Lee akan turut bertemu Gabenor California, Encik Gavin Newsom, dan pemimpin perniagaan syarikat terkemuka Amerika, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Encik Sundar Pichai; Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Encik Tim Cook dan lain-lain.

Beliau juga akan melancarkan Pusat Luar Negara San Francisco Enterprise Singapore dan bertemu warga Singapura yang tinggal di Kawasan Teluk San Francisco.

Bagi lawatannya itu, Encik Lee akan ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta pegawai kanan dari PMO, Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.

Sepanjang ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan memainkan peranan selaku Pemangku PM.

Pada 2022, Encik Lee menghadiri AELM ke-29 yang diadakan di Bangkok, Thailand, dari 17 hingga 19 November 2022.

Pada mesyuarat 2022, pemimpin ekonomi Apec telah membincangkan cara mempercepatkan pemulihan ekonomi global melalui penggalakan pertumbuhan yang seimbang, inklusif dan mampan, serta perdagangan dan pelaburan, termasuk memanfaatkan pendekatan inovatif seperti Model Ekonomi Bio-Circular-Green.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >