Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Australia pada Mei bagi siri perjanjian baru

Mar 18, 2016 | 12:21 PM



SYDNEY: Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, akan melawat Australia pada akhir Mei bagi perbincangan untuk menjalin satu siri perjanjian baru antara dua negara itu, termasuk perjanjian meningkatkan kerjasama pertahanan.



Lawatan itu diumum di Sydney pada Jumaat (18 Mac) berikut pertemuan antara para menteri Ehwal Luar, Perdagangan dan Pertahanan Singapura dan Australia.



Mesyuarat itu termasuk perbincangan tentang keperluan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan dan usaha mencari cara baru untuk pelajar Singapura dan Australia mengkaji dan melakukan latihan amali (internsehip) di negara satu sama lain.



Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, berkata perdana menteri dua negara itu akan berusaha meningkatkan hubungan pertahanan dan perdagangan semasa lawatan akan datang Encik Lee.



"Perdana Menteri saya akan tiba di sini diharapkan pada 26 Mei," katanya.



"Kami berharap dua perdana menteri itu akan dapat meletakkan tandatangan mereka pada satu siri perjanjian yang akan merangkumi pelbagai bidang, bermula dengan kerjasama pertahanan yang dipertingkat.



"Tahap interaksi, kerjasama, latihan dan pertukaran bersama kakitangan pada peringkat dasar dan peringkat kanan itu hanya boleh berlaku apabila sudah ada banyak rasa saling percaya strategik."



Dr Balakrishnan berkata dua negara itu akan berusaha meningkatkan perjanjian perdagangan bebas dan meninjau kerjasama selanjutnya dalam inovasi dan penyelidikan dan pembangunan.



Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan para menteri itu menyusuli rundingan peringkat menteri dua tahun sekali itu mengalu-alukan "kemajuan mantap" pelan 10 tahun Perkongsian Strategik Menyeluruh ditandatangani Perdana Menteri Australia ketika itu, Encik Tony Abbott, dan Encik Lee Jun lalu.



Ia berkata para menteri itu telah meneruskan usaha mengukuhkan hubungan ekonomi, termasuk semakan yang dirancang ke atas perjanjian perdagangan bebas.



Menteri Ehwal Luar Australia, Cik Julie Bishop, berkata kedua-dua negara amat komited pada "perdagangan tanpa halangan" di Laut China Selatan.



"Kedua-duanya, Australia dan Singapura, komit kepada hak negara melakukan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa," katanya.



Dr Balakrishnan berkata: "Perkara utama ialah mempunyai susunan serantau yang aman dan stabil supaya semua orang perdagangan dan barangan boleh melalui tanpa halangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >