Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Saudi, UAE

Hadir Sidang Puncak Asean-GCC pertama pada 20 Oktober
Oct 17, 2023 | 01:00 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Amiriah Arab Besatu (UAE) dari Selasa hingga Ahad (17 hingga 22 Oktober).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa, kunjungannya ke Saudi adalah atas undangan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Saudi, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al Saud, manakala lawatannya ke UAE pula adalah atas undangan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan.

Semasa di Saudi, Encik Lee juga akan menghadiri Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh pada Jumaat.

Ini merupakan kali pertama sidang puncak itu diadakan.

Di sidang puncak itu, pemimpin Asean dan GCC akan membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan serta memperluas kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi hijau dan digital.

Dalam rangka lawatannya ke Saudi, Encik Lee dijadualkan bertemu Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dan beberapa pemimpin Saudi yang lain.

Beliau akan turut diberi taklimat tentang Visi 2030 Saudi.

Selain berkunjung ke Riyadh, Encik Lee juga dijadual melawat tempat budaya dan bersejarah di Madinah dan Al Ula.

Dalam rangka lawatannya ke UAE pula dari Sabtu hingga Ahad, Encik Lee akan bertemu dengan Presiden Sheikh Mohamed yang juga Amir Abu Dhabi dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mahkota Sheikh Khaled Bin Mohamed Bin Zayed Al Nahyan.

Menurut kenyataan itu, beliau akan turut diberi taklimat tentang rancangan peralihan tenaga UAE semasa lawatannya ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Selain ke Abu Dhabi, beliau juga akan bertemu dengan pemimpin UAE di Dubai.

Dalam pada itu, Encik Lee akan bertemu dengan warga Singapura menerusi dua jamuan – satu di Saudi dan satu lagi di Dubai.

Bagi lawatan Encik Lee ke Saudi, beliau akan diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Bagi lawatan beliau ke UAE pula, Encik Lee akan diiringi Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Dr Tan; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; serta Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Semasa ketiadaannya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan memainkan peranan sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Singapura di Timur Tengah, dengan dagangan dua hala antara Singapura dengan Arab Saudi mencapai $14 bilion pada 2022.

UAE pula merupakan rakan dagang terbesar Singapura di Timur Tengah, dengan dagangan barangan dua hala antara Singapura dengan UAE mencapai $29.8 bilion.

UAE juga merupakan rakan dagang ke-13 terbesar Singapura di peringkat global.

Laporan lanjut di Muka 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >