PM Lee: Lebih ramai pemimpin masa depan diperlukan Singapura

TERAS pemimpin generasi akan datang yang boleh terus memajukan Singapura sedang terbentuk, tetapi lebih ramai pemimpin diperlukan, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), semalam.

Dalam pilihan raya umum kali in, PAP meletak individu berkeupayaan dan komited untuk menyertai pasukan pemimpin teras parti itu, kata beliau dalam satu rapat tengah hari PAP di UOB Plaza semalam (8 Sep).

"Memandang Kabinet sekarang semakin berumur, ia perlu memastikan ia mempunyai pasukan daripada kalangan ahlinya yang bersedia mengambil alih," kata Encik Lee.

Beliau memberi contoh empat menteri dilantik pada 2011: Menteri Pendidikan Heng Swee Keat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong, ketua gerakan buruh Chan Chun Sing dan Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Tan Chuan-Jin.

Pemegang jawatan, seperti Menteri Negara Kanan Josephine Teo dan Indranee Rajah serta Setiausaha Parlimen Faishal Ibrahim juga dinaikkan pangkat daripada kumpulan penyokong pemerintah.

"Ia telah mula terbentuk tetapi saya perlukan lebih banyak, anda perlukan lebih banyak, Singapura perlukan lebih banyak.

"Oleh itu, pada pilihan raya ini, saya tambah lagi. Apabila orang berkata jia you ('berjuang terus' dalam bahasa Mandarin), ini ialah jia liao - tambah isi," kata Encik Lee.

Menurut beliau, dalam kalangan calon PAP kali ini, mereka yang berpotensi menjadi pemimpin termasuk Encik Ng Chee Meng, Encik Ong Ye Kung, Encik Chee Hong Tat, dan Encik Amrin Amin.

Para pemimpin itu boleh menyumbang, mempunyai potensi dan akan menunjukkan komitmen dan membentuk satu ikatan dengan rakyat Singapura serta anak-anak mereka dalam masa terdekat, kata Encik Lee.

Encik Lee juga menyangkal dakwaan Encik Png Eng Huat daripada Parti Pekerja (WP) bahawa kehidupan akan berjalan seperti biasa jika PAP tidak berkuasa kerana perkhidmatan awam akan memastikan semuanya berjalan terus.

Encik Lee berkata: "Saya membaca dalam akhbar, Png Eng Huat berkata, jangan bimbang... anda lihatlan di Thailand, mereka mempunyai rampasan kuasa tentera. Masih okay apa. Tidak perlu pemerintah. Perkhidmatan awam sangat baik. Akan jaga anda, segala-galanya akan berjalan terus. Tiada pemerintah anda masih boleh pulang ke rumah, mandi, air panas berjalan terus.

"Jika itu itu nilai politik baik dan kejayaan bagi Parti Pekerja, jika Pekerja Parti Pekerja menjadi pemeritah Singapura, saya berkata liao. Habislah!"

Singapura mesti mempunyai pemimpin bagus yang boleh membantu negara ini kekal berjaya, tambah beliau.

Satu pasukan kuat diperlukan bersama para pemimpin itu untuk menyokong mereka, memberi mereka idea dan membimbing mereka ke arah betul dalam menghasilkan dasar-dasar yang pengundi mahu, kata Encik Lee.

Kerja berpasukan ini yang membuat Singapura berjaya di bawah Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.