Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, Masagos hargai kejayaan Mufti, J'kuasa Fatwa

Nov 19, 2022 | 08:09 AM



PENGIKTIRAFAN yang diterima Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) atas anugerah Imam Al-Qarafi bagi Kecemerlangan dalam Fatwa daripada Sekretariat Agung bagi Pihak Berkuasa Fatwa Sedunia, pimpinan Dar al-Ifta Mesir, dihargai dua pemimpin negara.



Menzahirkan penghargaannya di Facebook, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata kejayaan ini menggambarkan "kerja keras mereka bukan sahaja membantu masyarakat Islam menghadapi isu sukar, tetapi juga membantu kita hidup secara harmoni bersama," dan berbesar hati kerana "ini merupakan perkembangan baik bagi masyarakat kita yang berbeza budaya dan agama".



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut berbangga atas pengiktirafan itu.



"Usaha ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada masyarakat Islam di Singapura. Muis akan terus melengkapkan asatizah kita dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan supaya mereka boleh memimpin dan memberikan bimbingan yang baik kepada masyarakat Islam," katanya.




Fatwa di S'pura jadi contoh Muslim sedunia semasa pandemik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >