Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Mendiang Lee menyumbang sepenuh jiwa raga untuk S'pura

Mar 29, 2015 | 05:19 PM



SINGAPURA kehilangan seorang bapa perintisnya, Lee Kuan Yew, "yang telah menyumbang sepenuh jiwa raga untuk Singapura", kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa menyampaikan belasungkawa beliau tadi.


Dalam ucapannya di yang menghibakan itu, Encik Lee, di acara yang diadakan di Pusat Budaya Universiti, Universiti Nasional Singapura itu, berkata: "Cahaya yang memberi panduan kepada kita selama ini telah dipadamkan...


"Ini merupakan minggu yang amat memilukan untuk Singapura," kata Encik Lee yang juga merupakan anak sulung mantan perdana menteri itu.


"Prinsip dan ideal mendiang akan terus didukung Pemerintah dan dimanfaatkan untuk membimbing rakyat kita.


"Kehidupannya akan memberi inspirasi kepada rakyat Singapura, dan orang lain, untuk generasi mendatang," kata Encik Lee lagi tentang bagaimana negara dan rakyat akan terus mengingati sumbangan besar mendiang.


Menyentuh tentang salah satu sumbangan terbesar mendiang kepada negara, Encik Lee berkata:


"Salah satu peninggalan terbesarnya adalah dalam mempersiapkan Singapura untuk meneruskan kelangsungan negara selepas beliau.


"Beliau percaya salah satu pekerjaan paling sukar untuk seorang pemimpin adalah dalam memastikan peralihan kepimpinan.


"Beliau secara sistematik telah mengenalpasti dan membentuk sepasukan pengganti beliau.


"Beliau memberi laluan kepada Encik Goh Chok Tong untuk mengambil alih sebagai perdana menteri, tetapi kekal di dalam Kabinet Encik Goh bagi membantu pasukan baru mengecap kejayaan."


Mendiang Encik Lee meninggal dunia pada 3.18 pagi, 23 Mac lalu di Hospital Besar Singapura (SGH) setelah dirawat untuk penyakit radang paru-paru yang dihidapinya sejak 5 Februari lalu.


Mendiang berusia 91 tahun.


Teks belasungkawa Encik Lee Hsien Loong dalam bahasa Melayu


Saudara saudari setanah air



Kita kehilangan seorang tokoh yang telah memimpin kita, menjadi sumber inspirasi kita, menyatupadukan kita, dan merintis kejayaan kita. Ini termasuk / keharmonian kaum yang kita nikmati, selama ini. Ia adalah hasil komitmen-mendalam Encik Lee, untuk memperkukuh hubungan antara kaum dan agama yang berbeza-beza / di Singapura, satu visi yang turut didukung-kuat / masyarakat Melayu.


Encik Lee amat menghargai sokongan padu masyarakat Melayu / kepada visi beliau / dan Parti Tindakan Rakyat itu, khususnya ketika Singapura / menjadi sebahagian dari Malaysia dahulu. Tanpa sokongan masyarakat Melayu ketika itu, kemungkinan besar, Singapura hari ini, amat berbeza. Oleh itu, apabila Singapura Merdeka, Encik Lee berazam / untuk memastikan bahawa / kaum minoriti / ada tempat di Singapura.


Iltizamnya untuk membantu masyarakat Melayu/Islam berkembang maju, amat ketara. Beliau telah mengasaskan / pembentukan Dana Pembangunan Masjid / supaya masyarakat Melayu/Islam / dapat membina masjid di setiap estet perumahan, melalui sumbangan bulanan / setiap pekerja Islam. 


Encik Lee juga percaya bahawa / pendidikan merupakan kunci utama / untuk meningkatkan masyarakat Melayu. Oleh itu, beliau telah menyokong-kuat pembentukan Yayasan Mendaki, demi membantu pelajar dan keluarga Melayu yang susah. 


Dalam kita berduka dengan pemergian Encik Lee, ayuh kita menjunjung dan meraikan semangat serta sumbangan beliau. Marilah kita teruskan usaha / untuk membangunkan Singapura, memperkukuh masyarakat berbilang bangsa dan agama kita, serta berganding bahu / sebagai satu bangsa Singapura seperti apa yang Encik Lee perjuangkan / sepanjang hayatnya.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >