Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Selamatkan pekerjaan, cipta pekerjaan baru keutamaan S’pura; gesa rakyat contohi cara generasi perintis tangani krisis

May 26, 2020 | 08:28 PM



MENYELAMATKAN pekerjaaan dan mencipta pekerjaan baru adalah keutamaan Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang menggesa warga mengikut contoh generasi perintis dan tabah menghadapi krisis koronavirus ini.


"Kita akan membantu perniagaan menyesuaikan diri dan berubah, mencipta pekerjaan baru, dan menyediakan lebih banyak peluang latihan bagi pekerja. Kita juga akan memberi sokongan kepada agensi barisan depan, keluarga dan masyarakat dan membantu golongan yang berkeperluan. Tiada sesiapa yang akan ditinggalkan,” kata Encik Lee dalam satu pos di Facebook pada Selasa (26 Mei).


Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai Belanjawan Kecekalan bernilai $33 bilion yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di Parlimen pada hari yang sama.


Belanjawan keempat bagi 2020 itu bermakna Singapura memperuntuk hampir $100 bilion - sebahagiannya diambil dari rizab - bagi langkah sokongan bagi menangani Covid-19.


Singapura berdepan dengan kemelesetan paling buruk sejak 1965, dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) meramalkan ekonomi menguncup antara empat dengan tujuh peratus tahun ini, kata Encik Lee.


“Kita menghargai pengorbanan dan kepimpinan generasi perintis, membangunkan rizab kita dan memberi kita keupayaan untuk menyokong rakyat sendiri. Penggunaan kewangan secara berjimat dan berdisiplin oleh generasi pemerintah selanjuntnya meletakkan kita dalam kedudukan kuat untuk mengatasi krisis ini dan muncul lebih kuat selepas pandemik,” kata Encik Lee.


Menurut beliau generasi perintis bertekad untuk menjamin kehidupan dan sumber pencarian rakyat selepas Britain - yang memberi sokongan ekonomi dan pertahanan - mengundur diri dari Singapura, kurang dua tahun selepas negara ini merdeka.


“Kita perlu mempunyai tekad yang sama hari ini sedang kita menangani krisis bagi generasi kita ini,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >