Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI LAPORAN JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

PM Lee: Pembohongan perlu ditangani demi pelihara institusi Parlimen

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



ISU pembohongan yang timbul daripada perbicaraan Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) - bahawa pemimpin Parti Pekerja (WP) mengarahkan bekas Anggota Parlimen (AP), Cik Raeesah Khan, untuk terus berbohong di Parlimen dengan pemimpin itu sendiri berbohong di bawah sumpah - perlu ditangani dengan betul.



Ini demi mengelakkan pembohongan tersebut menjatuhkan dan mencemarkan maruah dan nama baik institusi Parlimen.



Menyatakan demikian semasa perbahasan berhubung laporan COP semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata jika benar Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dan dua lagi pemimpin WP, Encik Faisal Manap dan Cik Sylvia Lim, telah berbohong di bawah sumpah untuk melindungi diri mereka, maka apa yang mereka lakukan adalah lebih serius daripada perbuatan Cik Raeesah.



"Dengan berbohong di bawah sumpah, mereka berusaha untuk menggagalkan proses COP.



"Mereka mempamerkan salah laku yang sama yang COP dibentuk untuk tangani. Mereka mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka sebagai AP, tidak kurang juga Encik Pritam, Ketua Pembangkang. Ini perkara yang serius," ujar Encik Lee.



Beliau menyertai perbahasan mengenai usul berkaitan saranan COP bagi mengenakan denda $35,000 kepada Cik Raeesah, dan bagi Encik Pritam dan Encik Faisal dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi kemungkinan dikenakan tuduhan jenayah.



Encik Lee berkata anggota Dewan perlu menentukan apa yang harus dilakukan tentang perkara itu.



Jika AP berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku, atau mengakui pembohongan itu, tetapi berkata ia bukan pembohongan serius dan tiada kemudaratan dilakukan, maka mereka juga bersubahat dalam menjatuhkan maruah dan merendahkan Parlimen, katanya.



"Kita mesti mengambil serius pelanggaran itu, dan bertindak ke atasnya. Dan saya gembira itulah kesimpulan yang dibuat COP," kata Encik Lee.



Beliau berkata COP boleh menyarankan kepada Parlimen untuk memberi amaran atau hukuman ringan tetapi ini akan menunjukkan bahawa perkara itu diambil ringan.



Bahkan lebih teruk lagi, dengan menurunkan norma, ia seakan memberitahu warga Singapura bahawa perbuatan berbohong oleh pemimpin yang dipilih merupakan perbuatan yang tidak seberapa buruk.



Sebaliknya, COP boleh mengesyorkan agar Parlimen sendiri menjatuhkan hukuman berat yang setimpal.



"Ini adalah sesuatu yang Parlimen mempunyai kuasa untuk lakukan. Tetapi sekiranya COP mengesyorkan itu, dan Parlimen memutuskan hukuman itu sendiri, Pembangkang pasti akan menentang, dan menuduh PAP menggunakan majoritinya untuk menganiaya Pembangkang.



"Malah mereka sudah pun membayangkan perkara ini, sebagai tabir untuk mengaburkan isu sebenar - bahawa pemimpin WP telah berbohong di bawah sumpah," tambahnya.



Encik Lee berkata beliau percaya apa yang COP sarankan merupakan jalan terbaik ke hadapan.



Memandangkan kesalahan jenayah kelihatan seperti telah dilakukan, beliau berkata biar Parlimen merujuk perkara tersebut kepada pendakwa raya untuk mempertimbangkan semula bukti-buktinya, katanya.



Jika dakwaan difailkan, Encik Pritam dan Encik Faisal boleh mempertahankan diri mereka di mahkamah dan mahkamah perlu berpuas hati bahawa kesalahan mereka telah terbukti tanpa keraguan munasabah, katanya.



"Jika mereka tidak bersalah, mereka tidak perlu takut," kata Encik Lee.



Tetapi, katanya, suara-suara yang menyokong WP di media sosial telah berusaha mengelirukan isu-isu itu dan menarik simpati.



Mereka meminta orang ramai membersihkan nama tiga AP terbabit dan mencadangkan bahawa langkah merujuk kes mereka ke pendakwa raya merupakan satu penganiayaan politik.



"Sesetengah orang mungkin terpengaruh dan bersimpati dengan cerita ini. Mereka berkata, mengapa tidak biarkan sahaja perkara itu? Lagipun, adalah lebih mudah bagi pemerintah tidak perlu meneruskan perkara ini terhadap tiga AP itu.



"Tetapi selagi PAP adalah pemerintah, kami tidak akan lari daripada melakukan apa sahaja yang perlu untuk menegakkan norma yang betul dalam Dewan ini, dan untuk menyemai warga Singapura dan pemimpin mereka dengan nilai-nilai penting untuk mengekalkan kepercayaan dalam sistem kita, dan penting kepada kejayaan kita," kata Encik Lee.



Beliau menekankan peri pentingnya kepercayaan agar demokrasi berfungsi dengan baik.



Bersikap jujur adalah asas untuk mewujudkan kepercayaan dan kejujuran tidak boleh dirunding, katanya.



"Jika anda bercakap bohong, bagaimana orang ramai akan mempercayai anda? Jika seseorang dalam kedudukan tanggungjawab bercakap bohong, dan secara nyata terlepas daripadanya, bagaimana orang ramai boleh mempercayai sistem itu?



"Jika Parlimen membenarkan pembohongan di kalangan anggotanya sendiri, bagaimana warga Singapura boleh mempercayai institusi ini? Jika kita membiarkan pelanggaran yang terang-terangan dan teruk berlalu pergi, ia akan menghakis kepercayaan terhadap pemimpin kita, rasa hormat kepada Parlimen, dan sokongan untuk keseluruhan sistem politik kita, dan Singapura akan menjurus kepada masalah," kata Encik Lee.




BOHONG DI BAWAH SUMPAH



“Dengan berbohong di bawah sumpah, mereka berusaha untuk menggagalkan proses COP. Mereka mempamerkan salah laku yang sama yang COP dibentuk untuk tangani. Mereka mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka sebagai AP, tidak kurang juga Encik Pritam, Ketua Pembangkang. Ini perkara yang serius.”



KABURKAN ISU SEBENAR



“Ini adalah sesuatu yang Parlimen mempunyai kuasa untuk lakukan. Tetapi sekiranya COP mengesyorkan itu, dan Parlimen memutuskan hukuman itu sendiri, Pembangkang pasti akan menentang, dan menuduh PAP menggunakan majoritinya untuk menganiaya Pembangkang. Malah mereka sudah pun membayangkan perkara ini, sebagai tabir untuk mengaburkan isu sebenar – bahawa pemimpin WP telah berbohong di bawah sumpah.”
– Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >