Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Perubahan terkini pendidikan setempat bantu lengkapkan pelajar hadapi masa depan

Jan 06, 2019 | 05:30 AM



MENGGESA ibu bapa supaya menyokong perubahan terkini dalam sistem pendidikan setempat, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pelajar di sekolah Singapura bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran untuk meraih pendapatan tetapi juga kemahiran yang boleh membangunkan perwatakan dan nilai.



Ini kerana warga Singapura bukan sahaja perlu menjadi rakyat yang berpendidikan dan pekerja yang terlatih bahkan Encik Lee berkata warga negara ini juga harus memiliki nilai yang tidak ketara tetapi penting agar Singapura dapat terus berjaya.



Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan lebih 240 penerima Anugerah Edusave Kementerian Pendidikan (MOE) di Sekolah Rendah Townsville, semalam.



Dalam ucapannya, Encik Lee juga berkata pelajar perlu faham tentang dunia serta mempunyai rasa kenegaraan dan kemasyarakatan.



Selain itu, mereka juga perlu mempunyai sifat daya tahan dan kegigihan untuk mengatasi segala kesukaran, mempertahankan diri serta berkembang maju dalam dunia ini.



"Ini bukan sahaja bergantung pada ilmu yang ditimba di sekolah - bahasa, sains dan matematik, ekonomi dan sejarah - tetapi juga nilai yang tidak ketara namun penting - ambil berat tentang rakan sedarjah dan warga lain, bersedia menyumbang demi kebaikan semua, berbangga dengan negara kita serta mempertahankannya," kata Encik Lee.



Hujung minggu ini, lebih 1,100 pelajar yang tinggal di Teck Ghee menerima Anugerah Edusave MOE dan Anugerah Dermasiswa Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Teck Ghee, lapor akhbar The Straits Times.



Anugerah dermasiswa itu diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah manakala Anugerah Edusave MOE - yang bernilai antara $100 dengan $500 - bertujuan mengiktiraf pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik.



Encik Lee yang juga Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio berkata perubahan terkini kepada sistem pendidikan setempat akan menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang lebih bermakna bagi pelajar.



Ini termasuk mengurangkan tumpuan pada keputusan akademik, mendedikasikan lebih banyak masa kurikulum pada bagi pembelajaran yang lebih mendalam serta membantu pelajar melihat hubungan antara kandungan buku teks mereka dengan dunia.



"Kami ingin memupuk minat untuk belajar sepanjang hayat dalam golongan muda Singapura agar mereka bersiap sedia menghadapi ekonomi masa depan," ujarnya.



Encik Lee turut menggesa ibu bapa memahami apa yang ingin dicapai pemerintah dan menyokong matlamat itu.



Bagi pelajar pula, Encik Lee berkata mereka harus mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada untuk belajar sebanyak mungkin, baik dari segi ilmu mahupun nilai, daripada guru dan teman mereka.




"Kami ingin memupuk minat untuk belajar sepanjang hayat dalam golongan muda Singapura agar mereka bersiap sedia menghadapi ekonomi masa depan."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >