PM Lee, Presiden Obama minum ucap selamat di jamuan malam negara

WASHINGTON: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Barack Obama mengajukan minum ucap selamat kepada satu sama lain dalam majlis jamuan malam negara pada Selasa (2 Ogos, pagi Rabu waktu Singapura), sambil memberi penghargaan kepada hubungan kukuh dan pencapaian kedua-dua negara.

Encik Lee berkata Singapura "mengagumi kerancakan dinamik dan keupayaan memperbaharui diri" Amerika.

"Nilai-nilai ini menarik bakat terbaik dan paling bijak dari seluruh dunia. Ribuan rakyat Singapura belajar di Amerika Syarikat, tertarik bukan pada pendidikan akademik cemerlang sahaja, bahkan dinamisme unik kampus anda, dan etos masyarakat anda.

"Ini adalah sesuatu yang Singapura berharap dapat contohi sedang kami berusaha memanfaatkan semangat inovasi dan keusahawanan ini," ujar beliau.

Encik Lee berkata Singapura mahu bekerjasama dengan Amerika dalam pelbagai bidang, daripada sukan hingga pendidikan, dan menghargai keterbukaan negara itu.

"Beberapa harapan Olimpik Singapura telah berlatih dengan atlet terbaik Amerika. Salah seorang perenang kami, Joseph Schooling, adalah anggota pasukan renang Universiti Texas dan merupakan juara NCAA 2016 dalam acara kupu-kupu 100m dan 200m. Dan kami berharap beliau berjaya di Rio," katanya.

Beliau juga menegaskan kehadian Amerika di Asia kekal dialu-alukan dan berharap ia akan kekal di rantau itu.

Malah, PM Lee berjenaka ketika mengumumkan Singapura telah menamakan sejenis orkid hibrid - Dendrobium Barack dan Michelle Obama - sempena Presiden dan Wanita Pertama Amerika.

"Sempena ulang tahun ke-50 hubungan kita, Singapura telah menamakan sejenis orkid hibrid sempena Presiden dan Puan Obama sebagai satu penghormatan. Ia hibrid daripada baka berasal dari Singapura dan Hawaii, tempat Presiden Obama dilahirkan, yang kebanyakan kami yakin," kata Encik Lee, membuat hadirin ketawa.

Encik Obama menjadi sasaran teori konspirasi bahawa beliau tidak dilahirkan di Amerika.

Semasa mengajukan minum ucap selamat beliau, Presiden Obama bergurau tentang obsesi Singapura dengan makanan.

"Kita semua tahu bagaimana serius rakyat Singapura tentang makanan mereka," katanya.

"Di Singapura, penjaja, gerai penjaja, mendapat bintang Michelin, yang mendatangkan tekanan petang ini. Kami terdorong menawarkan setiap kamu minuman Sling Singapura dan beberapa ketam cili. Tetapi, bagi sesetengah daripada anda yang tahu tentang baunya yang kuat, yang susah hilang, anda akan faham mengapa kami tidak akan menghidangkan buah yang dikenali sebagai durian."

Mengenai hubungan dua hala, Encik Obama menegaskan perkongsian itu bertahan kerana ia telah berakar umbi bukan dalam kepentingan strategik adil sahaja, bahkan sejarah dan persahabatan.

Kemudian sambil menaikkan gelas minuman beliau, Encik Obama berkata: "Kepada Perdana Menteri dan Cik Lee, dan kepada persahabatan dan perkongsian antara rakyat kita, mari kita terus membina sesuatu yang istimewa bersama. Majulah Singapura. Majulah Singapura. Majulah Amerika. Cheers, yam seng..."

Selepas jamuan malam negara itu, tetamu dihiburkan oleh seorang penyanyi-penulis lagu Amerika, Chrisette Michele.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.