Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee puji polis 'sangat luar biasa' kerana adil pada semua kaum

Oct 05, 2015 | 09:33 AM



Polis di Singapura dilihat sebagai adil oleh rakyat berbilang kaum, dan ini satu pencapaian unik lagi luar biasa di dunia, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Beliau menyatakan demikian semasa menekankan peri penting polis berlaku adil dalam menangani insiden kaum dan agama, semasa berucap dalam Sidang Pemimpin Masyarakat mengenai keharmonian kaum dan agama anjuran OnePeople.sg pada Ahad (4 Okt).


Memetik kaji selidik berusia dua tahun oleh Institut Pengajian Dasar dan OnePeople.sg, beliau berkata rakyat Singapura sangat percaya bahawa polis melayan mereka dengan adil, tanpa mengira kaum dan agama.


Dalam kaji selidik melibatkan lebih 3,000 orang itu, kurang 4 peratus responden minoriti berkata mereka dilayan lebih buruk daripada kaum lain oleh polis apabila melaporkan jenayah atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan.


Memuji Home Team, Encik Lee berkata ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama di sini.


Ini berbeza daripada keadaan di beberapa negara lain, di mana polis dituduh membuat profil kaum dan membuat anggapan umum, ujar Encik Lee.


Beliau berkata di Amerika Syarikat kekecohan besar berlaku baru-baru ini mengenai cara polis menangani insiden melibatkan golongan minoriti.


"Setiap kali... seorang daripada kaum minoriti ditembak, lelaki kulit hitam dipukul, bintang tenis disalah anggap sebagai penjahat, kekecohan besar berlaku... Kadang-kadang, berlaku rusuhan," katanya.


Di Britain, polis mendapati sukar melakukan tugas mereka di London, dengan masyarakat minoriti di sana percaya bahawa polis "tidak menyebelahi mereka".


Encik Lee berkata isu sama juga wujud di Asia Tenggara.


Memuji polis di sini kerana menongkah arus, Encik Lee berkata, dengan diberi tepukan oleh hadirin: "Ini sangat, sangat luar biasa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >