PM Lee: Ramadan masa perkukuh ikatan silatulrahim dengan keluarga dan sahabat-handai

DALAM satu catatannya di Facebook, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam sambil menekankan Ramadan adalah masa untuk memperkukuh ikatan silatulrahim dengan keluarga dan sahabat-handai yang dekat mahupun jauh di mata.

Berikut catatan beliau:

"Bulan Ramadan sudah pun bermula. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam!

Ramadan adalah masa untuk memperkukuh ikatan silatulrahim dengan keluarga dan sahabat-handai yang dekat mahupun jauh di mata. Di sesi iftar atau berbuka puasa, saya sangat gembira apabila melihat individu yang berlainan kaum, agama dan kerakyatan duduk bersama-sama menikmati juadah sambil berkenal mesra dan bertukar pandangan antara satu sama lain. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, penting bagi kita memperbaharui iltizam kita untuk hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni. Saya pun tidak sabar untuk turut serta dalam majlis iftar sekali lagi. :) – LHL"

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:21
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.