SELEPAS membinanya selama lapan tahun, gua simpanan bawah tanah bagi hasil minyak dan petrokimia di Singapura - yang pertama di Asia Tenggara - Jurong Rock Caverns (JRC), dirasmikan di Pulau Jurong semalam.
Merasmikan kemudahan bernilai $950 juta itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pembinaan gua simpanan itu mencerminkan semangat inovasi memikir di luar kotak bagi menangani cabaran tanah yang terhad di negara ini.