PM Lee rasmikan Institut Latihan Vokasional Singapura-Myanmar di Yangon

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong merasmikan Institut Latihan Vokasional Singapura-Myanmar (SMVTI) di Yangon pada pagi Khamis (9 Jun).

Institut tersebut melatih 800 pelajar setiap tahun dalam bidang kejuruteraan serta hospitaliti dan pelancongan berdasarkan kurikulum Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura.

SMVTI, yang siap dibina Januari lepas, dibangunkan Singapura, dalam rangka usahanya membantu membangunkan tenaga manusia Myanmar.

Kohort pertama pelajar telah pun tamat pengajian.

Kelmarin, Encik Lee mengumumkan Singapura akan menawarkan 10 pelajar cemerlang SMVTI menjalani program kerja sambil belajar di syarikat Singapura.

PM Lee berada di Myanmar dalam rangka lawatan tiga hari hingga Khamis (9 Jun), yang pertama oleh seorang ketua pemerintah luar negara sejak Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Aung San Suu Kyi mengambil alih kuasa pada Februari 2016.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.