PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) mempunyai rekod pencapaian baik dalam kerja pemulihan tahanan yang terlibat dalam kegiatan radikalisme atau pengganasan.
Menurut beliau, sejak peristiwa serangan 9/11, Singapura telah menahan seramai 72 individu atas kegiatan tersebut dan pihak berkuasa telah membebaskan hampir kesemua mereka.