Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ruang udara Asean kini lebih terbuka

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Nov 13, 2014 | 09:22 PM



ASEAN kini menikmati ruang udara yang lebih terbuka, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.


Memberikan perspektifnya semasa ditanya Berita Harian terhadap usaha Asean melaksanakan sepenuhnya dasar ruang udara terbuka menjelang akhir tahun depan, Encik Lee berkata:


"Saya fikir ia bergantung kepada apa yang anda maksudkan sebagai 'sepenuhnya'. Saya fikir laluan hubungan sekarang ini telah dibuka agak luas.


"Antara ibu kota (negara-negara Asean) anda seharusnya menikmati laluan bebas, (tetapi) di luar ibu kota saya tidak rasa ada peruntukan untuknya," katanya.


Memberikan contoh laluan hubungan udara antara Singapura dan Indonesia misalnya, Encik Lee menarik perhatian bahawa jumlah penerbangan telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lalu.


"Dengan Malaysia kita tidak punya masalah, begitu juga dengan Vietnam. Jadi saya fikir untuk destinasi-destinasi utama, kita sedang mengarah ke sana," katanya yang akan ke Australia bagi menghadiri persidangan negara-negara ekonomi utama dunia G20, esok.


Menjawab pertanyaan tentang usaha membangunkan rangka kerja kerjasama aviasi antara Amerika Syarikat dan Asean, Encik Lee menerangkan bahawa ia hanyalah satu matlamat.


"Ia adalah sesuatu yang kita ingin lakukan kerana bagi Singapura, aviasi adalah satu isu utama dan setiap kali saya bertemu dengan seseorang pemimpin, ia tercatat dalam nota saya dan kita ingin menarik lebih banyak penerbangan ke Changi, kita ingin menggalak lebih banyak syarikat penerbangan membangunkan operasindi Changi dan hab di Changi, jadi ini adalah satu agenda yang sama yang sedang kita usahakan dan ini adalah sesuatu yang logikal untuk Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >