Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sahkan hubungan kukuh dengan Russia

May 20, 2016 | 07:59 AM



MOSCOW: Singapura berharap Pusat Kebudayaan Russia akan dibuka di Singapura dalam masa dua tahun, apabila ia merai 50 tahun hubungan diplomatik dengan Russia, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (19 Mei).



Beliau juga yakin Singapura dan lima negara Kesatuan Ekonomi Eurasian (EAEU) akan mencapai perjanjian perdagangan bebas (FTA) pada masa itu, membuka pintu ke pasaran baru bagi syarikat masing-masing.



Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat sejam dengan Perdana Menteri Dmitry Medvedev di Rumah Tetamu Pemerintah abad ke-19, Encik Lee mengesahkan hubungan lama dan mendalam dengan Russia sejak kemerdekaan Singapura.



Dua negara itu menandatangani perjanjian perdagangan pada April 1966, dan menjalin hubungan diplomatik dua tahun kemudian.



Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew membuat lawatan pertamanya ke Russia pada 1970, dan melawat negara itu banyak kali kemudian.



"Bapa saya, Perdana Menteri Lee Kuan Yew, percaya Russia akan memainkan peranan utama dalam ehwal dunia, jadi apabila saya masih remaja beliau menggalak saya belajar bahasa Russia, yang saya lakukan," kata Encik Lee.



"Walaupun selepas beliau bersara sebagai Perdana Menteri, beliau mengekalkan hubungan. Beliau menunjukkan minat pada Sekolah Pengurusan Skolkovo Moscow (dan) menjadi ahli lembaga pengarahnya."



Mendiang Encik Lee juga penyokong kuat Forum Perniagaan Russia-Singapura, yang membantu menghubungkan pemimpin perniagaan dan meluaskan kerjasama ekonomi, katanya.



PM Lee menceritakan bahawa lawatan pertama beliau ke Russia ialah sebagai pelajar pada 1972, dan beliau kembali semula enam tahun kemudian untuk berbulan madu.



Usaha Singapura menandatangani pada Rabu (18 Mei) memorandum persefahaman (MOU) dengan Suruhanjaya Ekonomi Eurasia - badan pengawalseliaan EAEU - diharap akan membuka jalan bagi satu kajian kemungkinan dan rundingan mengenai FTA, kata Encik Lee.



Tetapi hubungan dengan Russia melampaui hanya ekonomi, katanya. Hubungan budaya kukuh, sementara universiti Singapura pula mempunyai kerjasama dalam dengan institusi Russia.



Pada Khamis, dua lagi MOU ditandatangani. Satu antara Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dengan rakan sejawatannya dari Russia bagi mengukuhkan hubungan budaya.



Satu lagi antara Universiti Teknologi Nanyang dan Akademi Sains Russia, untuk meneroka membangunkan produk dan membawanya ke pasaran.



Perdana Menteri Medvedev bercakap dalam bahasa Russia bahawa hakikat perdagangan antara Singapura dan Russia telah berkembang dengan ketara - hampir empat kali ganda dalam dekad lalu - adalah satu petanda baik, dan "hampir setiap bidang penting dalam kerjasama ekonomi berada dalam fokus kita".



"Kita telah menerima pelbagai aspek kerjasama: binaan, perkapalan dan pengangkutan, syarikat penerbangan dan projek udara besar, dan akhir-akhir ini pertanian juga. Ini telah dibincangkan dengan ketara hari ini," kata Encik Medvedev.



"Model yang digunakan oleh Singapura dalam pemerintah dan pengurusan perniagaan juga mendapat permintaan, dan penting kepada negara kami," katanya.



Encik Lee menjemput Encik Medvedev melawat Singapura, yang kali terakhir beliau lawati pada 2009 hingga membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Antara Pemerintah Russia-Singapura peringkat tinggi.



Suruhanjaya itu membawa kepada kedua-dua pihak bersetuju memulakan proses merundingkan FTA menyeluruh antara Singapura dan EAEU.



Pada petang Khamis, Encik Lee terbang ke Sochi, di mana beliau dijadual bertemu Presiden Vladimir Putin.



Encik Lee akan menghadiri sidang puncak pemimpin Asean dan Encik Putin pada Jumaat bagi menandakan 20 tahun hubungan Asean-Russia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >