PERDANA Menteri Lee Hsien Loong melahirkan kesedihan mendalam berhubung dengan dakwaan adiknya, Dr Lee Wei Ling, bahawa beliau menyalahgunakan kuasa memperingati ulang tahun pertama pemergian bapa mereka demi mendirikan sebuah dinasti.
"Tuduhan itu sama sekali tidak benar. Ulang tahun pertama pemergian seseorang adalah tempoh penting bagi memperingatinya dan melakukan refleksi apakah pengertian beliau buat diri kita.