Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Serangan Paris boleh berlaku di Singapura, warga harus bersedia

Nov 17, 2015 | 08:53 AM



ANTALYA (Turkey): Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi amaran kepada rakyat Singapura pada Isnin (16 Nov) bahawa pengganasan yang dilakukan ke atas Paris Jumaat lalu boleh berlaku di Singapura dan mereka perlu bersiap sedia baginya.


"Kita berada di tengah-tengah kawasan (di mana) ISIS aktif," kata beliau, merujuk kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria, lapor akhbar The Straits Times.


Kira-kira 700 orang dari Asia Tenggara telah pergi ke Timur Tengah untuk menyertai ISIS, termasuk beberapa warga Singapura.


Encik Lee menekankan perkara itu dalam satu sidang akhbar dengan wartawan Singapura pada akhir sidang puncak Kumpulan 20 (G-20) di sini, di mana pengganasan satu topik utama, termasuk menangani aliran yang semakin meningkat pejuang asing ke dalam barisan ISIS.


Tindakan ISIS adalah "tafsiran sesat dan salah sepenuhnya" mengenai Islam, ujar beliau.


"Ia bukan Islam sebenar, dari segi apa majoriti Muslim mentafsir agama itu," kata Encik Lee.


Bagaimanapun, anggota ISIS mengisytiharkan diri mereka Muslim walaupun pengetahuan mereka tentang Islam sangat sedikit, ujar beliau.


Oleh itu, mengatakan bahawa mereka tidak ada kena-mengena dengan agama juga merupakan satu tindakan "terlalu memudahkan".


"Hakikatnya, majoriti umat Islam tidak setuju perkara itu. Pemimpin agama di Singapura, terutama pemimpin agama Islam, telah tampil dengan jelas dan tegas mengutuk ISIS dan tafsiran sesat dan amalan tidak berperikemanusiaan ini," tambah Encik Lee.


Beliau turut ditanya bagaimana Singapura akan mengukur apakah ia berjaya dalam perang menentang ISIS.


Encik Lee menyebut tiga peringkat tindakan.


Pertama, Singapura perlu memastikan rakyatnya memahami isu ini dan mengekalkan perpaduan dan saing percaya.


"Ada pendirian jelas yang diambil bahawa ini bertentangan dengan Islam, bertentangan dengan kepentingan Singapura, bertentangan dengan keharmonian sosial."


Kedua, Singapura cuba yang terbaik bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku di negara itu, kerana satu kegagalan bermakna satu bencana.


Ketiga, ia membantu dalam memerangi ISIS dengan menyertai gabungan sejagat memerangi kumpulan pengganas.


"Kita menjadi sasaran dan kita perlu berdiri dan mengambil bahagian dan membantu dalam usaha menangani masalah ini," kata beliau.


Singapura bukan anggota G-20, tetapi antara enam negara yang dijemput sebagai pemerhati dalam sidang puncaknya tahun ini.


Negara ini dijemput ke lima daripada enam sidang puncak lalu G-20 dan akan sekali lagi menghadiri sidang puncak di Hangzhou, China, tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >