Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Sidang puncak Trump-Kim langkah penting capai kedamaian

May 12, 2018 | 05:30 AM



PERTEMUAN bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura bulan depan merupakan langkah penting menuju keamanan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Membalas kenyataan Encik Trump yang mengesahkan tempat dan tarikh bagi pertemuan itu menerusi Twitter, Encik Lee berkata:



"Semoga ini membawa hasil yang berjaya."



Sebelum ini, terdapat khabar angin yang meluas dalam media antarabangsa yang menyatakan bahawa Singapura berkemungkinan tinggi menjadi pilihan bagi pertemuan bersejarah antara kedua-dua pemimpin itu daripada senarai beberapa tempat lain.



Sementara itu, Rumah Putih turut mengesahkan semalam bahawa Singapura dipilih kerana negara ini dapat memastikan keselamatan kedua-dua pemimpin dan mempunyai pendirian yang berkecuali.



Ketua timbalan setiausaha akhbar Rumah Putih, Encik Raj Shah, berkata Singapura mempunyai hubungan dengan kedua-dua Amerika dan Korea Utara.



"Warga Singapura juga bersifat baik budi sehingga kini dan juga dahulu. Malah, pertemuan pertama antara pemimpin China dengan Taiwan juga berlangsung di Singapura beberapa tahun lalu," katanya.



Pada 2015, Singapura menjadi tuan rumah bagi pertemuan bersejarah antara Presiden China Xi Jinping dengan Presiden Taiwan ketika itu Ma Ying-jeou.



Sehingga kini, pertemuan itu dijangka berlangsung selama sehari.



Sementara tempat sebenar bagi pertemuan itu di Singapura tidak didedahkan, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa beberapa pakar mencadangkan tiga lokasi - Hotel Shangri-La, Marina Bay Sands dan Sentosa.



Acara tersebut juga bakal menjadi pertemuan pertama antara seorang presiden Amerika yang sedang berkhidmat dengan seorang pemimpin Korea Utara.



Mereka dijangka berbincang tentang program pembangunan dan ujian senjata nuklear Korea Utara, yang telah meningkatkan ketegangan yang sudah lama wujud antara Washington dengan Pyongyang.



Menerusi satu kenyataan kelmarin, Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga berkata Singapura gembira dapat menjadi tuan rumah bagi pertemuan antara Encik Trump dengan Encik Kim itu.



"Kami berharap pertemuan ini akan memajukan prospek bagi keamanan di Semenanjung Korea," kata MFA.




Harap pertemuan Presiden Trump dan Kim Jong Un berjaya



''Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim

Jong Un merupakan langkah penting menuju keamanan. Semoga ini membawa hasil yang

berjaya.''



- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >