Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Singapura berjaya kerana kita kekal bersatu padu

Sep 09, 2015 | 12:26 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura boleh menangani pelbagai cabaran di sekitarnya selama ini kerana rakyat dan pemerintah negara ini bersatu.


Hidup sebagai sebuah negara kecil tidak mudah, kata beliau, sambil menyebut ancaman pengganasan, ketegangan di Malaysia dan pandangan berterusan di Indonesia bahawa Singapura perlu tahu tempatnya berbanding jirannya yang besar.


Ada pihak di Indonesia tidak menerima dengan baik apabila Singapura menyatakan rasa tidak puas hati mengenai jerebu, ujar Encik Lee semasa berucap di rapat tengah hari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di UOB Plaza semalam (8 Sep).


"Hari ini, PSI 100. Dari manakah ia datang? Anda tahu dari mana ia datang. Mengapa ia datang ke sini? Mereka membakar hutan, ia ditiup ke sini. Apa yang boleh kita lakukan? Nah, kita membantu, bekerja dengan mereka, menawarkan membantu mereka tetapi pada dasarnya mereka harus menyelesaikan masalah ini. Pemerintah kerjasama, tetapi sikap dalam kalangan masyarakat, sesuatu yang berbeza.


"Setiap kali ada jerebu ditiup ke arah kita dan Malaysia, seseorang di Indonesia akan berkata 'orang-orang ini (Singapura dan Malaysia) tidak berterima kasih. Sebelas bulan kita bekalkan mereka udara segar, tidak pernah mengenakan bayaran untuk oksigen. Baru sebulan jerebu sudah begitu tidak puas hati'," kata Encik Lee.


Sikap orang-orang Indonesia ialah sebagai sebuah titik merah kecil, Singapura perlu tahu tempatnya di dunia.


"Negara kecil berbanding negara besar, lebih baik tabik sedikit," kata Encik Lee, sambil memberi tabik.


Mengenai Malaysia, Encik Lee berkata nilai mata wangnya jatuh, ekonominya lemah dan terdapat ketegangan lebih besar, bantahan antikerajaan Bersih baru-baru ini dan protes anti-Bersih dijadualkan diadakan pada 16 September, secara kebetulan hari lahir Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia Mac lalu.


"Cuba fikirkan perbezaannya. Bagi kita, ia hari jadi pengasas. Bagi Malaysia, ia masa ketegangan dan rasa tidak senang. Dan ada soal perkauman kuat di sebaliknya kerana Bersih bukan Melayu dan anti-Bersih terdiri daripada banyak kumpulan Melayu. Jadi ini adalah perkara yang kita bimbangkan," katanya.


Encik Lee berkata itulah dunia bagi sebuah negara kecil tetapi Singapura boleh menanganinya.


"Kita telah menanganinya selama 50 tahun, walaupun semasa kita mempunyai hanya dua batalion infantri. Kita berjaya mengharunginya dan dan sampai ke sini. Hari ini dengan SAF, dengan Home Team, dengan segala sokongan anda, dengan pemerintah bagus, saya fikir apa sahaja jerebu, apa sahaja Bersih atau bukan Bersih, saya fikir kita menjadikan Singapura berjaya.


"Bagaimana kita melakukannya? Kita melakukannya dengan kita kekal bersatu padu... ia mantera kita. Sebenarnya ia resipi rahsia kita. Mengapa rahsia? Bukan kerana orang tidak tahu tetapi orang lain tidak boleh melakukannya.


"Kita boleh melakukannya. Kita tetap setia kepada satu sama lain, pemerintah bekerjasama dengan rakyat, rakyat menyokong pemerintah. Bersama-sama kita mencapai SG50, bersama-sama kita akan mencapai SG100," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >