SINGAPURA tidak boleh dilihat sebagai negara yang menuruti kemahuan berbilang pihak, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bagi menekankan kedudukan dasar ehwal luar berprinsip yang dipegang negara ini.
Dasar ehwal luar Singapura adalah untuk berkawan dengan setiap negara yang ingin berkawan dengan Singapura, kata Encik Lee, semasa bercakap kepada wartawan di akhir lawatan rasmi ke Jepun minggu lalu.