PEMERINTAH telah mengecapi kemajuan yang stabil sejak tiga tahun lalu dalam bidang perumahan dan pengangkutan, selain isu penduduk dan pengukuhan kepada jaringan keselamatan sosial, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Parlimen semalam.
Menyentuh tentang kemajuan yang dicapai pada separuh pertama penggal pemerintah, Encik Lee menarik perhatian tentang cogan kata manifesto Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 2011, iaitu 'Bersama Menjamin Masa Depan'.