Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S’pura komited pada cita-cita terbuka, inklusif, patuh aturan PBB

Sep 21, 2022 | 09:27 PM



SINGAPURA kekal komited kepada cita-cita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbuka, inklusif dan berdasarkan peraturan.


Ini kerana ia memberi negara-negara kecil seperti Singapura suara dan taruhan untuk membina keamanan dan keselamatan di dunia.


Demikian yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dalam satu pos di Facebooknya tengah hari pada Rabu (21 Sep)  sempena menyambut ulang tahun Singapura yang ke-57 sebagai anggota PBB.


Dalam catatan itu, beliau juga menyatakan bahawa Singapura akan bekerjasama dengan semua negara untuk mencari huraian bagi isu-isu global yang dihadapi bersama. 


“Dunia sedang menghadapi cabaran yang kompleks, termasuk krisis iklim, ketegangan geopolitik yang meningkat dan dasar perlindungan yang semakin meningkat. 


“Pengalaman Covid-19 mengingatkan betapa saling berkait dan bergantung kita di dunia ini yang tidak dapat dipisahkan. 


“Kepentingan institusi seperti PBB kian meningkat berbanding masa sebelum ini kerana ia menyediakan platform untuk negara-negara bersatu dan membina sekitaran antarabangsa yang stabil,” kata Encik Lee.


Baca laporan penuh di Berita Harian esok (22Sep).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >